Pengikut comel

Thursday, August 11, 2011

11 August 2008 - Always love you , Olen :'(

Assalamualaikum semua , semalam genap 11 Ogos 2011 bermakna dah sebelas hari dah kita semua berpuasa . Sungguh cepat kan masa berlalu ? :') Tapi , di sebalik puasa yang kesebelas tu , aku nak kongsi sikit cerita yang sedih yang berlaku 3 tahun lepas yakni pada 11 Ogos 2011 .Tarikh ni ialah tarikh mula aku bela Olen . Klau dia ada, mesti best sekarang . Aku tak sangka kitorang dapat jaga dia sekejap je :'( Maybe aku dah dapat agak dah apa reaksi korang , mesti korang akan cakap " Laa , kucing je pun . Ingatkan apalah tadi ". Tapi , bagi aku dia dah macam family aku sendiri dah . Kay , ni aku akan ceritakan dari time aku mula mula bela dia sampailah dia mati . Masa first first tuh , pakcik aku nih dia adalah kucing betina Parsi ni . Comel sgt . Dia bagi kat kitorang suruh jaga sementara . Emm , lama jugaklah family aku jaga . Tup tup , pakcik aku cakap cousin aku nak jaga bailk kucing tuh . Nama dia Grey . Comel sangat . Aku bukan main sedih laa . Bayangkan , benda yg kita jaga lama tu tetiba ada orang nak ambik balik . Masa diorang semua dtg rumah aku nak ambik tu , aku duduk je dalam bilik . SEDIH SANGAT ! Sampaikan masa balik tu pun aku tak hantar pun Grey dekat bawah . Yelaa , last moment jumpa dia . Mak dgn kakak aku je kot yg tolong hantar kat bawah .

And then , pakcik aku nih dia ada lah bawak sekor kucing jantan warna Oren . Masa mak aku bawak naik tu , hilang sikitlah rasa sedih aku sebab dah ada kucing nih . Kitorang namakan dia Olen . Masa mula mula tuh , dia macam taku dan trauma tau . Tak tau sebab apa . Kalau ada lubang sekecik mana pun , kalau boleh dia nak menyorok. Memang malu tahap maksimum dah tu :P Pastu , mak aku pun macam tk suka dia and nak hantar balik dekat pakcik . Aku ? Apalagi , merayulah dekat mak aku jangan hantar balik . Aku kesian sgt dekat dia . Aku kata bagila tempoh masa kan dia nak sesuaikan diri . Mak aku pun ok jelah . Korang tau tak , malu dia tu sampai tanak bukak mulut nak makan . Mak aku yg tolong suapkan . Tapi , lama lama , dia try jugak berjalan slow slow keluar dari dia punya sangkar . Yeah , Olen , you did it ! :D Pastu , ku igt lagi tau , masa pakcik aku nk balik kampung , dia hantar Grey tu kat sini . Grey kan betina apa lagi , Olen pun ngoratlah dia . Yang paling kelakarnya kan , Grey kan tengah tidur dekat sebelah frieskies tu , Olen boleh pulak pegi slow slow gigit dia punya paha . hahahah , Terperanjatlah Grey . Habis frieskies semua tu tumpah . Adoi xD Lepas tu , kalau bulan puasa kan , masa sahur tu , mak aku kan masak ikan bilis goreng . Favourite dia tu . Tiap kali aku bangun sahur , mesti aku akan nampak sepasang mata dekat kerusi tuh . haha . dia siap tunggu atas kerusi tu semata mata pasal ikan bilis goreng . Emm , memandangkan rumah aku dulu flat , aku tak penah bagi dia keluar . Kesian sangat dekat dia . Bukan apa , aku cuma takut dia hilang . Kitorang kan ada tali yang boleh ikat kat loceng dia , kalau dia nak keluar pun , kitorang tambat dia dekat rak kasut tu so dia boleh tengok pemandangan jela . Kalau kitorang tunjuk tali tu , mesti mata dia bersinar sinar .

Pernah tau , kitorang masa tuh nak pergi Pulau Pangkor . Kitoranng tinggalkan lah dia kat rumah dengan makannan semua . Tau tak , masa kitorang balik rumah tu , kitorang panggillah nama Olen tapi tak menyahutpun . Kitorang pun peliklah , mana Olen ni . Rupa-rupanya dia duduk kat tepi kusyen tu muka monyok je . Tak layan pun kitorang . Rupanya dia merajuk :) hehehe . Pandai pulak dia . Mak aku ada jugak jahit baju Melayu dengan bantal untuk dia so , masa raya kitorang pakaikan baju tu . Ergh , comel gilaaaa :D Salah satu favourite dia ialah coklat . Kitorang selalu jugak bagi dia makan coklat sebab dia suka . tapi sebenarnya coklat tu PEMBUNUH DALAM SENYAP . Masa 21 Oktober tu , Olen jatuh sakit . Kebetulan masa tu rumah aku buat open house raya tau . Aku letak Olen dalam bilik suruh dia rehat . Kesian sgt aku tengok Olen , punggung dia dah berair :( Then , masa semua org dah balik tuh , ayah dgn kakak aku pakat pakat nak hantar pegi klinik sebab mcm dah teruk sgt dah . Kakak aku siap letak dia dalam selimut masa nak hantar gi klinik tuh . Sampai kat sana , doktor tuh tahan Olen dekat sana . Ya Allah , punyalah rindu kitorang dekat Olen . Mak aku pun selalu lah kol doktor tu tanya pasal Olen . 24 Oktober 2010 , kitorang nak pegilah amik Olen kat klinik . Kakak aku cakaplah dia mimpi Olen balik dah sihat siap main main lagi . Sampai je kat klinik tu , kitorang nmpaklah doktor tu yg peliknya aku dah syak doktor tu dah tau lama dah yang Olen dah mati . Dia mcm nk larikan diri dari kitorang je . Masuk dalam tuh , kitorang panggillah Olen . Then , kitorang usik badan dia , hmmmm , KAKU DAN KERAS ! Time tuh kitorang semua sedih sangat . Harapan punyalah besar nak tgok Olen sihat . Tapi aku pelik , mustahil dia baru mati tengoklah badan dia keras je . Mak aku pun marahla doktor tu , kenapa tak bagitau awal awal . Baik kitorang jaga dia kat rumah je daripada hantar . At least taklah dia terseksa camtuh . Bila korang tgok kan , kesian sangat . Dia baring tertiarap macam terseksa :'((( Ayah aku pun letak dia dalam kotak nak kebumikan dia . Last last kitorang tanam dia dekat Taman Cheras Utama bawah pokok pokok yang redup tuh . Even sekarang ni pun , rumah aku still dekat dgn kubur dia .


Walaupun dah 3 tahun berlalu , tapi memori Olen takkan pernah hilang . We love YOU ALWAYS AND FOREVER <3 <3 <3

11/8/2011 - Olen you're 3 years old now ! :')

2 comments:

  1. habis jew aku bcew citew ni... background music dya pown habis... pndai aina plih.... tp :-( ....

    ReplyDelete
  2. Hehehe . Laa , aku igtkan takde org nak baca pun. Thanks :D Oh , aku main amik je background music nih :P

    ReplyDelete