Pengikut comel

Tuesday, October 18, 2011

ATEH



Ateh ,


Walaupun tirai 2011 dah nak habis dah , aku tetibe rasa nak share note yang aku buat dekat facebook aku pasal kucing aku yg hilang dulu . Bacalah jika anda sudi.
Nama yang paling aku suka sayang cinta dalam hidup aku. Walaupun dia hanya seekor kucing yang gemuk , dia mempunyai keistimewaan yang aku rasa manusia takda . Mesti ada orang akan cakap ' Apelah , Aina ni , kucing jehh , sampai nak buat nota berbagai , apa kes ? " ataupun "Rileklah Aina , kucing jehh kot , tak penting " . Hmm , bagi korang , memanglah , tak penting , tapi bagi aku , memang terseksa lah . Aku dah bela dia 2 tahun , tapi sekarang dia dah hilang. Memang aku terasalah , bukan 2 hari , bukan jugak 2 jam ataupun 2 saat , tapi 2 TAHUN.



Kisahnya bermula apabila ,



Pada tarikh 11 .11 . 2008 , abangku telah mengutipnya di tepi jalan . Memanglah dia nampak kotor mula mula , tapi , lepas , aku dgn famili aku mandikan dia , memang nampak berseri seri lah . Putih yg seputih putihnya . Ateh memang manja . Dulu , masa aku balik dari sekolah , dia selalu tunggu aku dan bila aku bukak pintu , dia akan berlari ke arah aku . Aku rindu time itu. Lepastu , aku selalu bergurau , main kejar kejar dengan dia . Tu lah aku cakap , kucing ni walaupun dia tak boleh bercakap , dia memang special , dia macam faham diri kita. Aku pun dah anggap dia macam adik aku sendiri sebab aku memang takde adik . So , bila ada dia , rumah aku memang meriah lah (: Lepastuh bila malam pulak , rutin dia ialah dia akan datang dekat tempat tidur kitorg dan akan tidur sama sama sambil membelai dia . Dan kalau korang takda alarm , aku syorkan korang belalah kucing , sebab , kucing aku ni kann waktu pagi , dia akan cium hidung kita untuk kejutkan kita . Sesuai untuk orang yang susah nak bangun pagi . haha . Ateh ni dia memang pantang kalau dengar bunyi makanan dia , Frieskies . Sebabtulah , dia gemuk . Kadang kadang , bila ayah aku baru beli Frieskies , time aku nak bukak plastik dia , mesti dia akan menyibuk sebab dia tahu tu makanan dia . Dan satu lagi yg paling aku rindu , bila musim ber'teman' , mula lah dia membuang merata -rata . Walaupun perangai dia macam tu , tapi aku dgn famili aku tak pernah sikit pun rasa benci dekat dia . Yelah , lagipun dia mana pandai berfikir.Lepastu , aku ingat lagi , kejadian yg dia bergaduh dengan kucing lain sampai dia terjatuh atas tong gas . Yelah masa tu kan dekat beranda , rumah aku kan rumah flat , kebetulan dia terjumpa kawan dia , sama jantan pulak tuh , apelagi , bergaduhlah diorg , kebetulan lagi , ada org bawak gas dekat bawah , nak dijadikan cerita , time dia tengah bergaduh tu , dia terjatuh atas tong gas . Time tuh aku ingatkan dia dah mati ataupun patah kaki , tapi ,syukur Alhamdulillah , dia selamat. (: Memang ajaiblah .Lepastuh pernah tau , time tuh aku dengan famili aku balik kampung time tuh , so kitorg pun tinggalkan jelah dia dekat bawah. Dah 3 hari tu , aku pun balik KL , time nak sampai rumah tu , aku tengok jugak mana Ateh ni , tengok tengok dia tengah main kejar kejar dengan kucing betina tu . Aku pun biarkanlah dia . Esok pagi mesti dia balik. Dah pagi tuh , tengok tengok dia pun balik . Nak tau tak ? Dia telah tinggalkan sebungkus tahi dia dekat rumah jiran aku.Apelagi , jiran aku tuh pun simbahlah air nak bersihkan . Taulah rumah flat kan , rumah bawah bawah je , bila simbah tu , habislah dengan kasut kerja ayah aku kena sekali . Ayah aku pun naik atas cakap elok elok dengan jiran aku tu and minta maaf . Tapi , tu memang kenangan paling kelakarlah . Ateh selalu buat aku tersenyum walau dalam susah sekalipun. (:



17 Disember 2010 , tarikh yg paling aku tak sangka sangka dia akan hilang . Sebenarnya awal bulan 12 haritu , aku baru pindah dekat Cheras Utama , so masa 17 Disember tu , aku bagilah dia keluar memandangkan dia dah lama tak keluar sebab kitorg kurung dia .Biar dia bau dulu rumah ni . Lagipun , dia dah terjerit jerit dah tu . Aku pun apelagi , bagilah , kesian pulak dekat dia.Selalunya dia pergi sekejap je , sebab dia ni penakut , tapi aku tunggu agak lama jugaklah time ni , aku dah agak dah memang sah sah hilang . Sebab instinct aku ni kuat . Time tuh aku memang sedih tahap gaban lah . Menangis tu memang rutin harian aku . Tapi lama lama , aku dah dapat terima lah kejadian tuh . Kadang kadang , ada jugak famili aku terutamanya kakak aku , mimpi dia ada dekat flat ni . 2 kali pulak tuh mimpi . So aku memang berharap sangat dia balik. Baru baru ni pulak , mak aku mimpi , dia balik duduk tercegat depan pintu . Aku tak taulah Allah nak bagi petunjuk ke apa . Tapi , aku yakin , dengan izin Allah , dia akan balik jugak tapi aku tak tahu bila . Tahun 2011 ni aku mulakan hidup tanpa dia . Memang susah nak terima , tapi inilah hakikatnya. Redha .



Ateh yang kusayang :')

Sekian sahaja coretan saya ini , saya harap kalian menghayatinya . Jangan menangis okeh (: Terima kasih kerana sudi baca nota ini :)

Doakan kucing Aina ,Ateh supaya balik ke pangkuan kami semula. Three words for Ateh , I LOVE YOU .

Doakan jugak supaya saya berjaya dalam hidup (: Insyaallah , saya akan mendoakan kalian semula.
Begitulah sedihnya pabila kita kehilangan sesuatu yg amat berharga . Hargailah ia sebelum kita kehilangannya.


Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment