Pengikut comel

Thursday, December 27, 2012

Nasihat dari Kubur



 Assalamualaikum

Mati itu pasti.Cuma kita yg tak tahu bila waktunya.Mungkin esok?Mungkin juga pada hari ini? Pokoknya,kita tidak tahu .Semuanya urusan Allah.Urusan kita hanyalah mengabdikan diri kepadaNya dan amar makruf nahi mungkar.Tidak takutkah kamu akan azab akhirat? Mungkin jika kita dpt melihat seksaan neraka,pasti org berlumba-lumba membuat amal jariah sehingga tidak tidur.Tetapi,mungkin ada hikmahnya juga Allah tidak melihatkan kepada kita,ya supaya kita terus berusaha untuk merebut pahala.Mungkin kita bahgia di dunia , namun di akhirat siapa yg tahu , bukan? Bersendirian,dimamah cacing dan ulat,dihimpit hingga ke tulang rusuk,adakah itu yg kita mahu? Pilihan di tangan anda.Tepuk dada tanya iman.Sentiasa bermuhasabah diri.Di kesempatan ini , salam Jumaat yg terakhir untuk tahun 2012.2013 bakal menyusul.Tahun baru yg langsung kita tidak tahu rencananya.Mudah-mudahan tahun 2013 akan menjadi tahun yg lebih baik untuk kita semua.InshaAllah,amin Ya Rabbal Alamin




1). Aku adalah tempat yg paling gelap di antara yg gelap, maka terangilah aku dengan TAHAJUD

2). Aku adalah tempat yang paling sempit, maka luaskanlah aku dengan ber SILATURAHIM.

3). Aku adalah tempat yang paling sepi maka ramaikanlah aku dengan perbanyak baca AL-QUR'AN.

4). Aku adalah tempatnya binatang2 yang menjijikan maka racunilah ia dengan Amal SEDEKAH,

5). Aku yg menyepitmu hingga hancur bilamana tidak Solat, bebaskan sempitan itu dengan SOLAT

6). Aku adalah tempat utk merendammu dgn cairan yg sangat amat sakit, bebaskan rendaman itu dgn PUASA..

7). Aku adalah tempat Munkar & Nakir bertanya, maka Persiapkanlah jawapanmu dengan Perbanyak mengucapkan Kalimah "LAILAHAILALLAH"





Terima kasih sudi baca.Jika terkasar bicara, ampun dan maaf dipinta.Assalamualaikum,sahabtku :)

Thursday, February 16, 2012

2 kali tak jadi . Memang petanda buruk.

Assalamualaikum

Ni entry saya yg kedua hihi . Aktif pulak saya tulis blog ni kan . Dah takde keje , alang alang dah bukak komputer tuh , baik tengok pesbuk , blog dan twitter . Harituh kan saya pegilah dekat satu karnival nih dekat puchong rasanya . Saya bawak kucing saya skali sebab sepatutnya kucing saya kena 'kasi' atau bahasa saintifiknya 'pemandulan' . Doktor tuh cakap klinik dia ada buat karnivel dekat sana sekali dgn injek kasi sekali lah . Sebabnya kucing saya dah kene vaksin je tinggal nak kasi je . 2 kali tak jadi mana taknya mak saya marah kan . Tak tepati janji betul . Masa first tak jadi tuh sebab doktor tuh kata takde pun nama kucing saya dalam buku . Padahal kitorg siap dah daftar sume . K sabar jelah . Yang mana satu kucing saya ? Ohh nampak tak sidebar sebelah kanan ni ? Ada nama Kitty , :) Yg ats tu dah ilang . Sobs takmo ah cite yg dah lepas . Sadis.Pedih.

Masa sampai tuh , saya tgok ramai tau kucing -kucing yg tengah menunggu giliran untuk diinjek . Huhu semuanya muka takut je . Ada yg nafas pendek pendek alolo siannye . My cat pulak baik je tengok kawan kawan dia keliling tuh . Ramai jugaklah orang . My mom dpt nombor giliran 104 . Agak panas ah dekat situ . Saya pulak dari tadi tak nyempat duduk , ada je orang kat kerusi tuh . Alahai adek , bagilah dekat akak pulak duduk okey sesungguhnya akak ialah golongan lebih memerlukan ;p haha well saya takdelah berani sampai tahap tuh . Kudrat dan tenaga saya masih kuat lagi k . Saya kan muda remaja . Alahaii :P Kebanyakan kucing kucing yang kena masuk lepas da pengsan , lidah dia mesti terkeluar . Tapiii sebelum tuh ,diorg kene injek dulu bagi pengsan .

Just not our luck time tuh , Allah dah takdirkan bila kucing saya kene injek , dia tak pengsan pengsan . Sebab sepatutnya lepas je injek tuh , effect pengsan cepat je berlaku . Tengok tengok dia muntah air . Doktor kata ni mesti ada curi curi minum air ni . Tu saye tak heranla sebab kitty selalu masuk toilet heheh . But , lepastuh , dia tetibe je menggelupur and then jatuh . Saya yg tgh eksaited nak rakam aksi pemandulan dari luar terus terkejut dan menerpa masuk ke bilik . Then doktor kasi ubat pemulihan bagi sedar dari pengsan . Rupanya dia ada penyakit sawan . Sawan ni terjadi mungkin sebab kitty takut sgt masa tuh yelaa dgn environmentnya yg sgt bising huh! Mak saya baru nak happy lepas ni rumah kami takdelah bau kencing kucing , terpaksalah reda dgn kejadian ni . Balik rumah tuh , lama jugaklah dia ambik masa nak sedar . Jalan pun terhuyung hayang.2-3 hari lepastuh barulah aktif semula :)



Ni dia rupa kucing yg kena kasi . Kesian kan ? Tapi untuk kebaikan jadi haruslah dibuat .




Kesan jahit . Sesapa yg rasa seriau , tolong jangan tengok ;p






Kucing saya semasa keadaannya lemah . Tapi sekarang dah cergas ligat ~



Huh . Belon panas nilah sangat bising . Tak suka benda ni.



p/s : Ekceli , banyak gambar kucing comel dalam file aku . Tapi aku upload yg ni jelah okey ? Hihi kemalasan melanda ~ Tak care guys , salam .


Monday, December 26, 2011

Back To School

Assalamualaikum

Ehem . Lagi 8 hari je lagi nak start sekolah . Ye , ada yg mula suka , ada yg eksaited sampai bermalam dekat depan pagar sekolah , tak kurang juga yg benci dan suka pabila nak sekolah kerana tiadanya lagi bangun lambat , mandi pabila matahari terpacak , tengok kartun 24 jam , online , menggemukkan diri , tengok wrestling dan tidur lambat . Haha , tu bukan life aku ye . Memang ada tapi SIKIT . SIKIT je. Dah start sekolah ni , mulalah kita kena hadap buku bukan muka buku ye ! Heh . Oh dah tahun depan aku akan menghadapi PMR . Hmm , agak agaknya macam manalah nanti ye . Tak sabar pun ada takut pun ada. Memang nampak sangat pentipunya kalau korg tak takut even org genius pun pasti ada gementar sikit . Aku harap sangat aku dengan kengkawan aku dapat straight A . Aku pastikan aku takkan hampakan keluargaku . Yelah , family aku sume dapat straight A , bukan nak boasting ke apa , tapi cuba imagine kalau aku tak dapat straight A ? Duhh , memang mencipta sejarah lah aku dalam keluarga . InsyaAllah I'll try my best :') Preparation korang dah buat ke ? Aku ? Hmm adalah sikit sikit.

Beg- Hee tukar baru . Setiap tahun aku pakai Smiley punya beg tapi tahun ni tak lagi . Beg aku berjiwa remaja tapi feminin . Cehh

Pensil box- Boleh guna lagi . Jangan membazir ye anak anak.

Alatan menulis - Pen dgn correction tape dah beli.

Baju - Dah nak dekat siap

Buku _ Hari Khamis ni baru pegi beli buku.

Okay , apa pulak azam 2012 korang ? Nak memandu kereta Ferrari bersama dengan lady gaga ? Ataupun nak kawen dengan lisa surirumah yg entah bila korang akan dapat sebab dia suka abang yuserghy ? Ataupun tanak kentut sepanjang hidup ? Ataupun berazam nak makan kuetiau azam ?Ahh merepek merepek.


AZAM 2012

Dengan ini , saya NURUL AINA BINTI SHAMSUDIN telah berikrar akan :

  • Menunaikan tanggungjawab sebagai seorang muslim
  • Kurangkan ponteng sekolah
  • Dengar nasihat mak abah
  • Nak aktifkan diri dalam KOKO sikit . sikit je.
  • Kalau boleh setiap exam nak dapat straight A . Nak kalahkan Chewing Gum yg hampir setiap exam dpt straight . Ciss.
  • Rajin buat homework dan study group
Okay tu je rasanya azam aku . Bagaimana pulak dengan kalian ? Ke sayur kailan ? Eh ? Btw , Khamis ni aku akan pegi tengok senarai kelas . Mudah mudahan aku sekelas dengan rakan rakanku. Amin ya Rabbal Alamin .

Bye, wassalam =)
























Thursday, November 10, 2011

End -Year School ! Adios .















BUDAK PALING POYOSS

*Muahaha , kamera pinjam je tuh

Assalamualaikum semua ,sebenarnya aku dah tulis cerita ni lama dah tapi disebabkan oleh problem uploading terpaksalah tangguh.haih.Alhamdulillah lah malam ni dapat upload :) korang bebudak sekolah dah cuti ke ? Sekolah aku dah setat cuti dah secara rasminya mulai semalam . hehe , jangan jeles akak akak dengan abang abang sume yg nak SPM ye :D Semalam jugaklah , kelas aku buat jamuan akhir tahun hihi walaupun macam tak meriah sangat berbanding tahun lepas tapi kita kena bersyukur dengan apa yg ada . Bedal je kan?
Kitorang ingatkan nak buatjamuan kat luar tau tapi takut bebudak cina ramai tak dapat join lagipun susah jugak buat kat luar. So , semalam sebelum jamuan aku tolong lah sity denga syera angkat kotak kotak Domino's pizza . Banyak giloooos weh . And then bawak pegi dekat kantin muehehe . Ramai gak yg buat jamuan kat situ. Haa , thanks jugak dekat Sharul sebab tolong order pizza . Banyak pulok tu . Masa nak makan tuh , kebetulan birthday Sharul masa tuh . so , kitorang sume nyanyikan lagu Happy Birthday untuk dia . Hampir semua terpaku tengok kelunakan vokal nyanyian kitorang muahaha , tipu je , lunak lah sangat kan -.- diorang terpaku sebab suara kitorang nyanyi agak kuat hihih. and then , aku apa lagi capailah pinggan pegi amek pizza cheese dengan ayamas . huhu ,pizza aku dpt rasa sekeping je . tak puas hati la cenggini T.T Ayamas pun boleh tahan ler sedap . tapi sos dia aku tak bape suka sgt.heheh. budak budak laki sume gi main bola masa tuh , tu sebab tak ramai sangat . Aku , tasha ngan wan pulak pegi ah borong makanan ngan air sume untunk bebudak KRK 2 . Sian dorang , takde jamuan , takpelah sharing is caring kan ? :) Tapi , dalam exam jangan pulak korang amalkan 'sharing is caring ' ye , muahaha x) Ala ala , rileklah , kita pun penah buat :)





Haa , yang nilah Ayamas . Sedap gak !
Nyam nyam . Cheezy pizzas . Sedap gilooo


Kehkeh . Sume kebulur air hah :P

Wan punya bijak en siap borong satu botol air A&W lagi muahaha tapi aku tak sempat rasa pun :P Adoyai .

Wana yg omey omey with Cikgu Domi (:


Baju oreng tuh bini saya . Sape rembat , saya tembak :P
*Muahaha , lesbian enough eh ? *

Hahaha , kay korang jangan take it serious pulak ayat kat atas tuh . hihih . Btw , kamera nana cantik gilaaa kot . Aku dahla gila gadget especially kamera kamera nih memang rambang mata la . Sekejap sekejap mintak pinjam kat nana huhu besela saya kamera Fujifilm je tapi apapun saya tetap bersyukur :')




Haa , yang nila kamera nana . Rambang mata tak ? hihi
This is Alia Miswani . Small small chilli je dia ni.kehkeh

Pastuh , tangkap gambar lagi lagi dan lagi ....


From left : Me , syira , wan , alin (huhu aku ingat alin xDD)
2 other person is alia kecik dan sity <3 <3



And , masatuh aku dengan wan baru lepas amek gambar tau , tup tup je alin dtg sambil simbah air.lol terkejut ah kitorang .xDD Adoi , kuang hajaqqq betoi lin :p takpe takpe , sweet memories right ? :'> Masa pukul 6.10 tuh baru aku kelamkabut hantar buku koko kt cikgu domi haha kan dah kene tegur dgn cikgu . mana taknye cikgu dah bagi awal awal lagi buku koko tu just aku je yg malas carik cikgu suruh tulis markah.haihh APTB ~ Apapun aku puas hati datang sekolah harituh .

IT SUCH A SWEET MOMENT AND I WILL ALWAYS KEEP THAT IN MY MIND (:


Thankyou , friends .
Much love , xoxo .
Sincerely , Aina

Ewahh , cam menulis surat pulak.hihih.

Tuesday, November 8, 2011

Tips Menghadapi Exam

Assalamualaikum readers yg comel comel belaka , *ada ke readers yang baca . huahua . bedal je!*, hari ni dah 9 November 2011 . Bermakna ada lebih kurang 6 hari lagi untuk bebudak tingkatan 5 menghadapi SIJIL PELAJARAN MALAYSIA . Aku yg dengar ni pun cam nak gugur je jantung abdomen segala bagai apetah lagi diorang . Konpom menggeletar . Takpe , be relax and cool . tak boleh gelabah sangat takut apa yg kita dah pelajari akan terlupa . Okey , kat sini Aina nak sharekan petua-petua menghadapi peperiksaan . Antaranya ialah *bunyi drum* :-

# Buat ulangkaji dengan lebih awal
Okey , Aina percaya mesti ramai yang suka study last minute kan termasuk lah Aina sendiri tapi tu sume untuk peperiksaan yg kecik kecik sahaja . Kalau exam yg besar cam SPM atau PMR , korang janganlah amalkan study last minute . Bahaya tau ! Kita maybe akan terkejar kejar masa . Masa tu jugaklah kita terkejar kejar nak kumpulkan ilmu dalam otak .

#Rajin buat study group
Haa , yang ni pun korang kena selalu jugak buat . Tapi aina nasihatkan kalau boleh , takpayahlah ramai sangat ahlinya.Kang jadi gossipgroup puleks . Kalau lelaki pun gosip , agak pelik di situ yea :P So , kalau boleh , biar sikit ahlinya supaya kita boleh belajar dgn selesa . Takde ah memekak sana sini kan? (:

#Jaga pemakanan dan amalkan gaya hidup sihat
Bagi korang yang nak pekse tuh , korang kenalah jaga pemakanan korang . Kalau melantak 1 kuali besar pun tak boleh jugak . Korang kenalah makan makanan yang berkhasiat . Kakak aina penah buat tips ni tau masa pekse PMR dulu untuk bagi kuatkan ingatan , dia letak kurma dalam segelas susu . Hmm , insyaallah berkesan jugak kut . Korang pun kena lah bersenam sikit bagi badan korang tak lesu je bila nak pekse . Biar ENERGETIC .

#Highlight ayat ayat penting
Biasanya buku Chemistry , Physic mesti buku tebal tebal ken? Takdenye buku nipis kecik cenonet cam komik Shin Chan tuh.Muahaha. So , janganlah pulak korang hafal sebijik sebijik ayat dia . Korang hanya perlu HIGHLIGHT POINT POINT YANG PENTING SAHAJA ! Bukan je korang bazir masa , tapi jugak bazir air liur nak habiskan satu buku . Asal korang paham , tu kira bagus dah tu.

#Tinggalkan segala bagai Facebook , Twitter , blog sume ah .
Okey , sekarang ni ramai budak sekolah konpom dah ada yg macam aina sebut kat atas ni . Korang kena tinggalkan habit korang yg suka online lama lama menghadap pc . Just focus on your exam . Setkan dalam minda dan jiwa korang , korang kena berkorban untuk hadapi pekse nih sebab ini yg menentukan masa depan korang . Kalau yg ada boipren gepren tu , hadkan masa untuk berSMS dan berdating dan sebagainya dan bagitau mereka yg anda tengah fokus untuk exam . Lepas habis exam , korang nak online sampai letrik putus pun boleh :)
#Jaga solat
Kita jugak kenalah jaga solat terutamanya time time nak menghadapi pekse ni lah . Tak boleh jugak kalau korang asyik belajar , solat langsung tak buat . Takde keberkatan di situ . At least kalau korang rajin buatlah solat sunat sekali , contohnya qiamulail , solat sunat hajat . Ada jugak orang yg hanya bergantung pada Allah semata mata tanpa usaha . Haa , yg tu pun tak boleh jugak . Allah akan memakbulkan doa kita jika kita berusaha bersungguh sungguh.

#Kucup tgn mak ayah
Sebelum pegi sekolah tu , alangkah bagusnya kalau korang mengucup tangan mak ayah dulu dan peluk diorang erat erat sambil berkata 'Ampunkan dosa dosa anak mak ini dan halalkan jugak makan minum anak mak ini ' . Ingat , doa ibu bapa ialah doa yang dimakbulkan oleh Allah.

#Jangan check buku lepas pekse
Yang ni pun antara favourite habit Aina . Suka sangat check jawapan dalam buku lepas pekse . Kalau tahu jawapan kita banyak salah , tak ke mudah putus asa . Oleh tu , korang sume tolonglah jangan sikbuk sibuk nak check buku konon nak check betul ke salah . Kalau dapat rendah , tak ke sedih . Semangat pun turun . Don't do it , yeah ? (:

#Never give up
Last but not least , korang jangan mudah putus asa . Kalau korang tak tau nak jawap apa , skip dulu soalan tu , fokus kepada soalan lain . MASA ITU EMAS . Masa takkan kejar korang , korang yg kena kejar masa . Sentiasa berfikiran positif dan bertawakal kepada Allah.


Okey , hanya tu je yg Aina nak nasihat . Kalau ada terkurang or terasa hati , Aina mintak maaf banyak banyak ye. Aina doakan korang semua berjaya dengan cemerlang terutamanya senior SMK BANDAR DAMAI PERDANA .

Tinggalkan sekolah dengan kenangan yang paling manis dalam hidup anda.

Sehingga ketemu lagi *indon la puleks* , Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.

Tuesday, October 18, 2011

ATEH



Ateh ,


Walaupun tirai 2011 dah nak habis dah , aku tetibe rasa nak share note yang aku buat dekat facebook aku pasal kucing aku yg hilang dulu . Bacalah jika anda sudi.
Nama yang paling aku suka sayang cinta dalam hidup aku. Walaupun dia hanya seekor kucing yang gemuk , dia mempunyai keistimewaan yang aku rasa manusia takda . Mesti ada orang akan cakap ' Apelah , Aina ni , kucing jehh , sampai nak buat nota berbagai , apa kes ? " ataupun "Rileklah Aina , kucing jehh kot , tak penting " . Hmm , bagi korang , memanglah , tak penting , tapi bagi aku , memang terseksa lah . Aku dah bela dia 2 tahun , tapi sekarang dia dah hilang. Memang aku terasalah , bukan 2 hari , bukan jugak 2 jam ataupun 2 saat , tapi 2 TAHUN.



Kisahnya bermula apabila ,



Pada tarikh 11 .11 . 2008 , abangku telah mengutipnya di tepi jalan . Memanglah dia nampak kotor mula mula , tapi , lepas , aku dgn famili aku mandikan dia , memang nampak berseri seri lah . Putih yg seputih putihnya . Ateh memang manja . Dulu , masa aku balik dari sekolah , dia selalu tunggu aku dan bila aku bukak pintu , dia akan berlari ke arah aku . Aku rindu time itu. Lepastu , aku selalu bergurau , main kejar kejar dengan dia . Tu lah aku cakap , kucing ni walaupun dia tak boleh bercakap , dia memang special , dia macam faham diri kita. Aku pun dah anggap dia macam adik aku sendiri sebab aku memang takde adik . So , bila ada dia , rumah aku memang meriah lah (: Lepastuh bila malam pulak , rutin dia ialah dia akan datang dekat tempat tidur kitorg dan akan tidur sama sama sambil membelai dia . Dan kalau korang takda alarm , aku syorkan korang belalah kucing , sebab , kucing aku ni kann waktu pagi , dia akan cium hidung kita untuk kejutkan kita . Sesuai untuk orang yang susah nak bangun pagi . haha . Ateh ni dia memang pantang kalau dengar bunyi makanan dia , Frieskies . Sebabtulah , dia gemuk . Kadang kadang , bila ayah aku baru beli Frieskies , time aku nak bukak plastik dia , mesti dia akan menyibuk sebab dia tahu tu makanan dia . Dan satu lagi yg paling aku rindu , bila musim ber'teman' , mula lah dia membuang merata -rata . Walaupun perangai dia macam tu , tapi aku dgn famili aku tak pernah sikit pun rasa benci dekat dia . Yelah , lagipun dia mana pandai berfikir.Lepastu , aku ingat lagi , kejadian yg dia bergaduh dengan kucing lain sampai dia terjatuh atas tong gas . Yelah masa tu kan dekat beranda , rumah aku kan rumah flat , kebetulan dia terjumpa kawan dia , sama jantan pulak tuh , apelagi , bergaduhlah diorg , kebetulan lagi , ada org bawak gas dekat bawah , nak dijadikan cerita , time dia tengah bergaduh tu , dia terjatuh atas tong gas . Time tuh aku ingatkan dia dah mati ataupun patah kaki , tapi ,syukur Alhamdulillah , dia selamat. (: Memang ajaiblah .Lepastuh pernah tau , time tuh aku dengan famili aku balik kampung time tuh , so kitorg pun tinggalkan jelah dia dekat bawah. Dah 3 hari tu , aku pun balik KL , time nak sampai rumah tu , aku tengok jugak mana Ateh ni , tengok tengok dia tengah main kejar kejar dengan kucing betina tu . Aku pun biarkanlah dia . Esok pagi mesti dia balik. Dah pagi tuh , tengok tengok dia pun balik . Nak tau tak ? Dia telah tinggalkan sebungkus tahi dia dekat rumah jiran aku.Apelagi , jiran aku tuh pun simbahlah air nak bersihkan . Taulah rumah flat kan , rumah bawah bawah je , bila simbah tu , habislah dengan kasut kerja ayah aku kena sekali . Ayah aku pun naik atas cakap elok elok dengan jiran aku tu and minta maaf . Tapi , tu memang kenangan paling kelakarlah . Ateh selalu buat aku tersenyum walau dalam susah sekalipun. (:



17 Disember 2010 , tarikh yg paling aku tak sangka sangka dia akan hilang . Sebenarnya awal bulan 12 haritu , aku baru pindah dekat Cheras Utama , so masa 17 Disember tu , aku bagilah dia keluar memandangkan dia dah lama tak keluar sebab kitorg kurung dia .Biar dia bau dulu rumah ni . Lagipun , dia dah terjerit jerit dah tu . Aku pun apelagi , bagilah , kesian pulak dekat dia.Selalunya dia pergi sekejap je , sebab dia ni penakut , tapi aku tunggu agak lama jugaklah time ni , aku dah agak dah memang sah sah hilang . Sebab instinct aku ni kuat . Time tuh aku memang sedih tahap gaban lah . Menangis tu memang rutin harian aku . Tapi lama lama , aku dah dapat terima lah kejadian tuh . Kadang kadang , ada jugak famili aku terutamanya kakak aku , mimpi dia ada dekat flat ni . 2 kali pulak tuh mimpi . So aku memang berharap sangat dia balik. Baru baru ni pulak , mak aku mimpi , dia balik duduk tercegat depan pintu . Aku tak taulah Allah nak bagi petunjuk ke apa . Tapi , aku yakin , dengan izin Allah , dia akan balik jugak tapi aku tak tahu bila . Tahun 2011 ni aku mulakan hidup tanpa dia . Memang susah nak terima , tapi inilah hakikatnya. Redha .



Ateh yang kusayang :')

Sekian sahaja coretan saya ini , saya harap kalian menghayatinya . Jangan menangis okeh (: Terima kasih kerana sudi baca nota ini :)

Doakan kucing Aina ,Ateh supaya balik ke pangkuan kami semula. Three words for Ateh , I LOVE YOU .

Doakan jugak supaya saya berjaya dalam hidup (: Insyaallah , saya akan mendoakan kalian semula.
Begitulah sedihnya pabila kita kehilangan sesuatu yg amat berharga . Hargailah ia sebelum kita kehilangannya.


Assalamualaikum.

Thursday, August 11, 2011

11 August 2008 - Always love you , Olen :'(

Assalamualaikum semua , semalam genap 11 Ogos 2011 bermakna dah sebelas hari dah kita semua berpuasa . Sungguh cepat kan masa berlalu ? :') Tapi , di sebalik puasa yang kesebelas tu , aku nak kongsi sikit cerita yang sedih yang berlaku 3 tahun lepas yakni pada 11 Ogos 2011 .Tarikh ni ialah tarikh mula aku bela Olen . Klau dia ada, mesti best sekarang . Aku tak sangka kitorang dapat jaga dia sekejap je :'( Maybe aku dah dapat agak dah apa reaksi korang , mesti korang akan cakap " Laa , kucing je pun . Ingatkan apalah tadi ". Tapi , bagi aku dia dah macam family aku sendiri dah . Kay , ni aku akan ceritakan dari time aku mula mula bela dia sampailah dia mati . Masa first first tuh , pakcik aku nih dia adalah kucing betina Parsi ni . Comel sgt . Dia bagi kat kitorang suruh jaga sementara . Emm , lama jugaklah family aku jaga . Tup tup , pakcik aku cakap cousin aku nak jaga bailk kucing tuh . Nama dia Grey . Comel sangat . Aku bukan main sedih laa . Bayangkan , benda yg kita jaga lama tu tetiba ada orang nak ambik balik . Masa diorang semua dtg rumah aku nak ambik tu , aku duduk je dalam bilik . SEDIH SANGAT ! Sampaikan masa balik tu pun aku tak hantar pun Grey dekat bawah . Yelaa , last moment jumpa dia . Mak dgn kakak aku je kot yg tolong hantar kat bawah .

And then , pakcik aku nih dia ada lah bawak sekor kucing jantan warna Oren . Masa mak aku bawak naik tu , hilang sikitlah rasa sedih aku sebab dah ada kucing nih . Kitorang namakan dia Olen . Masa mula mula tuh , dia macam taku dan trauma tau . Tak tau sebab apa . Kalau ada lubang sekecik mana pun , kalau boleh dia nak menyorok. Memang malu tahap maksimum dah tu :P Pastu , mak aku pun macam tk suka dia and nak hantar balik dekat pakcik . Aku ? Apalagi , merayulah dekat mak aku jangan hantar balik . Aku kesian sgt dekat dia . Aku kata bagila tempoh masa kan dia nak sesuaikan diri . Mak aku pun ok jelah . Korang tau tak , malu dia tu sampai tanak bukak mulut nak makan . Mak aku yg tolong suapkan . Tapi , lama lama , dia try jugak berjalan slow slow keluar dari dia punya sangkar . Yeah , Olen , you did it ! :D Pastu , ku igt lagi tau , masa pakcik aku nk balik kampung , dia hantar Grey tu kat sini . Grey kan betina apa lagi , Olen pun ngoratlah dia . Yang paling kelakarnya kan , Grey kan tengah tidur dekat sebelah frieskies tu , Olen boleh pulak pegi slow slow gigit dia punya paha . hahahah , Terperanjatlah Grey . Habis frieskies semua tu tumpah . Adoi xD Lepas tu , kalau bulan puasa kan , masa sahur tu , mak aku kan masak ikan bilis goreng . Favourite dia tu . Tiap kali aku bangun sahur , mesti aku akan nampak sepasang mata dekat kerusi tuh . haha . dia siap tunggu atas kerusi tu semata mata pasal ikan bilis goreng . Emm , memandangkan rumah aku dulu flat , aku tak penah bagi dia keluar . Kesian sangat dekat dia . Bukan apa , aku cuma takut dia hilang . Kitorang kan ada tali yang boleh ikat kat loceng dia , kalau dia nak keluar pun , kitorang tambat dia dekat rak kasut tu so dia boleh tengok pemandangan jela . Kalau kitorang tunjuk tali tu , mesti mata dia bersinar sinar .

Pernah tau , kitorang masa tuh nak pergi Pulau Pangkor . Kitoranng tinggalkan lah dia kat rumah dengan makannan semua . Tau tak , masa kitorang balik rumah tu , kitorang panggillah nama Olen tapi tak menyahutpun . Kitorang pun peliklah , mana Olen ni . Rupa-rupanya dia duduk kat tepi kusyen tu muka monyok je . Tak layan pun kitorang . Rupanya dia merajuk :) hehehe . Pandai pulak dia . Mak aku ada jugak jahit baju Melayu dengan bantal untuk dia so , masa raya kitorang pakaikan baju tu . Ergh , comel gilaaaa :D Salah satu favourite dia ialah coklat . Kitorang selalu jugak bagi dia makan coklat sebab dia suka . tapi sebenarnya coklat tu PEMBUNUH DALAM SENYAP . Masa 21 Oktober tu , Olen jatuh sakit . Kebetulan masa tu rumah aku buat open house raya tau . Aku letak Olen dalam bilik suruh dia rehat . Kesian sgt aku tengok Olen , punggung dia dah berair :( Then , masa semua org dah balik tuh , ayah dgn kakak aku pakat pakat nak hantar pegi klinik sebab mcm dah teruk sgt dah . Kakak aku siap letak dia dalam selimut masa nak hantar gi klinik tuh . Sampai kat sana , doktor tuh tahan Olen dekat sana . Ya Allah , punyalah rindu kitorang dekat Olen . Mak aku pun selalu lah kol doktor tu tanya pasal Olen . 24 Oktober 2010 , kitorang nak pegilah amik Olen kat klinik . Kakak aku cakaplah dia mimpi Olen balik dah sihat siap main main lagi . Sampai je kat klinik tu , kitorang nmpaklah doktor tu yg peliknya aku dah syak doktor tu dah tau lama dah yang Olen dah mati . Dia mcm nk larikan diri dari kitorang je . Masuk dalam tuh , kitorang panggillah Olen . Then , kitorang usik badan dia , hmmmm , KAKU DAN KERAS ! Time tuh kitorang semua sedih sangat . Harapan punyalah besar nak tgok Olen sihat . Tapi aku pelik , mustahil dia baru mati tengoklah badan dia keras je . Mak aku pun marahla doktor tu , kenapa tak bagitau awal awal . Baik kitorang jaga dia kat rumah je daripada hantar . At least taklah dia terseksa camtuh . Bila korang tgok kan , kesian sangat . Dia baring tertiarap macam terseksa :'((( Ayah aku pun letak dia dalam kotak nak kebumikan dia . Last last kitorang tanam dia dekat Taman Cheras Utama bawah pokok pokok yang redup tuh . Even sekarang ni pun , rumah aku still dekat dgn kubur dia .


Walaupun dah 3 tahun berlalu , tapi memori Olen takkan pernah hilang . We love YOU ALWAYS AND FOREVER <3 <3 <3

11/8/2011 - Olen you're 3 years old now ! :')