Pengikut comel

Monday, December 26, 2011

Back To School

Assalamualaikum

Ehem . Lagi 8 hari je lagi nak start sekolah . Ye , ada yg mula suka , ada yg eksaited sampai bermalam dekat depan pagar sekolah , tak kurang juga yg benci dan suka pabila nak sekolah kerana tiadanya lagi bangun lambat , mandi pabila matahari terpacak , tengok kartun 24 jam , online , menggemukkan diri , tengok wrestling dan tidur lambat . Haha , tu bukan life aku ye . Memang ada tapi SIKIT . SIKIT je. Dah start sekolah ni , mulalah kita kena hadap buku bukan muka buku ye ! Heh . Oh dah tahun depan aku akan menghadapi PMR . Hmm , agak agaknya macam manalah nanti ye . Tak sabar pun ada takut pun ada. Memang nampak sangat pentipunya kalau korg tak takut even org genius pun pasti ada gementar sikit . Aku harap sangat aku dengan kengkawan aku dapat straight A . Aku pastikan aku takkan hampakan keluargaku . Yelah , family aku sume dapat straight A , bukan nak boasting ke apa , tapi cuba imagine kalau aku tak dapat straight A ? Duhh , memang mencipta sejarah lah aku dalam keluarga . InsyaAllah I'll try my best :') Preparation korang dah buat ke ? Aku ? Hmm adalah sikit sikit.

Beg- Hee tukar baru . Setiap tahun aku pakai Smiley punya beg tapi tahun ni tak lagi . Beg aku berjiwa remaja tapi feminin . Cehh

Pensil box- Boleh guna lagi . Jangan membazir ye anak anak.

Alatan menulis - Pen dgn correction tape dah beli.

Baju - Dah nak dekat siap

Buku _ Hari Khamis ni baru pegi beli buku.

Okay , apa pulak azam 2012 korang ? Nak memandu kereta Ferrari bersama dengan lady gaga ? Ataupun nak kawen dengan lisa surirumah yg entah bila korang akan dapat sebab dia suka abang yuserghy ? Ataupun tanak kentut sepanjang hidup ? Ataupun berazam nak makan kuetiau azam ?Ahh merepek merepek.


AZAM 2012

Dengan ini , saya NURUL AINA BINTI SHAMSUDIN telah berikrar akan :

  • Menunaikan tanggungjawab sebagai seorang muslim
  • Kurangkan ponteng sekolah
  • Dengar nasihat mak abah
  • Nak aktifkan diri dalam KOKO sikit . sikit je.
  • Kalau boleh setiap exam nak dapat straight A . Nak kalahkan Chewing Gum yg hampir setiap exam dpt straight . Ciss.
  • Rajin buat homework dan study group
Okay tu je rasanya azam aku . Bagaimana pulak dengan kalian ? Ke sayur kailan ? Eh ? Btw , Khamis ni aku akan pegi tengok senarai kelas . Mudah mudahan aku sekelas dengan rakan rakanku. Amin ya Rabbal Alamin .

Bye, wassalam =)
























No comments:

Post a Comment