Pengikut comel

Tuesday, November 8, 2011

Tips Menghadapi Exam

Assalamualaikum readers yg comel comel belaka , *ada ke readers yang baca . huahua . bedal je!*, hari ni dah 9 November 2011 . Bermakna ada lebih kurang 6 hari lagi untuk bebudak tingkatan 5 menghadapi SIJIL PELAJARAN MALAYSIA . Aku yg dengar ni pun cam nak gugur je jantung abdomen segala bagai apetah lagi diorang . Konpom menggeletar . Takpe , be relax and cool . tak boleh gelabah sangat takut apa yg kita dah pelajari akan terlupa . Okey , kat sini Aina nak sharekan petua-petua menghadapi peperiksaan . Antaranya ialah *bunyi drum* :-

# Buat ulangkaji dengan lebih awal
Okey , Aina percaya mesti ramai yang suka study last minute kan termasuk lah Aina sendiri tapi tu sume untuk peperiksaan yg kecik kecik sahaja . Kalau exam yg besar cam SPM atau PMR , korang janganlah amalkan study last minute . Bahaya tau ! Kita maybe akan terkejar kejar masa . Masa tu jugaklah kita terkejar kejar nak kumpulkan ilmu dalam otak .

#Rajin buat study group
Haa , yang ni pun korang kena selalu jugak buat . Tapi aina nasihatkan kalau boleh , takpayahlah ramai sangat ahlinya.Kang jadi gossipgroup puleks . Kalau lelaki pun gosip , agak pelik di situ yea :P So , kalau boleh , biar sikit ahlinya supaya kita boleh belajar dgn selesa . Takde ah memekak sana sini kan? (:

#Jaga pemakanan dan amalkan gaya hidup sihat
Bagi korang yang nak pekse tuh , korang kenalah jaga pemakanan korang . Kalau melantak 1 kuali besar pun tak boleh jugak . Korang kenalah makan makanan yang berkhasiat . Kakak aina penah buat tips ni tau masa pekse PMR dulu untuk bagi kuatkan ingatan , dia letak kurma dalam segelas susu . Hmm , insyaallah berkesan jugak kut . Korang pun kena lah bersenam sikit bagi badan korang tak lesu je bila nak pekse . Biar ENERGETIC .

#Highlight ayat ayat penting
Biasanya buku Chemistry , Physic mesti buku tebal tebal ken? Takdenye buku nipis kecik cenonet cam komik Shin Chan tuh.Muahaha. So , janganlah pulak korang hafal sebijik sebijik ayat dia . Korang hanya perlu HIGHLIGHT POINT POINT YANG PENTING SAHAJA ! Bukan je korang bazir masa , tapi jugak bazir air liur nak habiskan satu buku . Asal korang paham , tu kira bagus dah tu.

#Tinggalkan segala bagai Facebook , Twitter , blog sume ah .
Okey , sekarang ni ramai budak sekolah konpom dah ada yg macam aina sebut kat atas ni . Korang kena tinggalkan habit korang yg suka online lama lama menghadap pc . Just focus on your exam . Setkan dalam minda dan jiwa korang , korang kena berkorban untuk hadapi pekse nih sebab ini yg menentukan masa depan korang . Kalau yg ada boipren gepren tu , hadkan masa untuk berSMS dan berdating dan sebagainya dan bagitau mereka yg anda tengah fokus untuk exam . Lepas habis exam , korang nak online sampai letrik putus pun boleh :)
#Jaga solat
Kita jugak kenalah jaga solat terutamanya time time nak menghadapi pekse ni lah . Tak boleh jugak kalau korang asyik belajar , solat langsung tak buat . Takde keberkatan di situ . At least kalau korang rajin buatlah solat sunat sekali , contohnya qiamulail , solat sunat hajat . Ada jugak orang yg hanya bergantung pada Allah semata mata tanpa usaha . Haa , yg tu pun tak boleh jugak . Allah akan memakbulkan doa kita jika kita berusaha bersungguh sungguh.

#Kucup tgn mak ayah
Sebelum pegi sekolah tu , alangkah bagusnya kalau korang mengucup tangan mak ayah dulu dan peluk diorang erat erat sambil berkata 'Ampunkan dosa dosa anak mak ini dan halalkan jugak makan minum anak mak ini ' . Ingat , doa ibu bapa ialah doa yang dimakbulkan oleh Allah.

#Jangan check buku lepas pekse
Yang ni pun antara favourite habit Aina . Suka sangat check jawapan dalam buku lepas pekse . Kalau tahu jawapan kita banyak salah , tak ke mudah putus asa . Oleh tu , korang sume tolonglah jangan sikbuk sibuk nak check buku konon nak check betul ke salah . Kalau dapat rendah , tak ke sedih . Semangat pun turun . Don't do it , yeah ? (:

#Never give up
Last but not least , korang jangan mudah putus asa . Kalau korang tak tau nak jawap apa , skip dulu soalan tu , fokus kepada soalan lain . MASA ITU EMAS . Masa takkan kejar korang , korang yg kena kejar masa . Sentiasa berfikiran positif dan bertawakal kepada Allah.


Okey , hanya tu je yg Aina nak nasihat . Kalau ada terkurang or terasa hati , Aina mintak maaf banyak banyak ye. Aina doakan korang semua berjaya dengan cemerlang terutamanya senior SMK BANDAR DAMAI PERDANA .

Tinggalkan sekolah dengan kenangan yang paling manis dalam hidup anda.

Sehingga ketemu lagi *indon la puleks* , Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.

No comments:

Post a Comment